Cari:
MH370: Kapal Fugro Discovery Henti Misi
2016-08-12 11:36:18 CRI Cetak

Satu daripada tiga buah kapal yang terlibat dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 menamatkan misinya semalam.

Dilaporkan, kapal Fugro Discovery meninggalkan zon pencarian pesawat Boeing 777 yang hilang sejak 2014 itu lebih awal daripada yang dijangkakan.

Menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, kapal itu akan dibawa ke Singapura untuk projek berikutnya yang tiada kaitan dengan MH370.

Dengan ketiadaan Fugro Discovery, hanya tinggal kapal Fugro Equator dan Dong Hai Jiu 101 sahaja meneruskan misi berkenaan yang merangkumi kawasan pencarian seluas 73,600 kilometer persegi.

Kerajaan Australia, Malaysia dan China baru-baru ini mengumumkan bahawa misi pencarian pesawat tersebut akan dihentikan jika tiada sebarang petunjuk baharu dijumpai.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China