Cari:
Laluan Penerbangan Nanning-Bandar Seri Begawan Dibuka
2016-08-12 15:28:33 CRI Cetak

Lapangan Terbang Nanning, Guangxi berjaya menawarkan perkhidmatan penerbangan ke semua negara ASEAN selepas laluan antara Nanning, China dengan Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dibuka semalam, sekali gus merealisasikan struktur rangkaian udara yang menghubungkan ASEAN.

Laluan baharu itu merupakan perkhidmatan penerbangan sewa khas pertama antara Nanning dengan Brunei Darussalam.

Syarikat Penerbangan DiRaja Brunei akan menawarkan perkhidmatan penerbangan bagi laluan tersebut pada setiap hari Khamis bermula pada 11 Ogos hingga 6 Oktober depan.

Pada tahun ini, Lapangan Terbang Nanning, yang menjadi hab pengangkutan udara antarabangsa, telah membuka 16 laluan penerbangan ke 10 negara ASEAN, antaranya termasuklah laluan Nanning-Sabah dan Nanning-Nha Trang melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan Lion Air Indonesia, VietJet Air Vietnam dan Malaysia Airlines (MAS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China