Cari:
Perenang Singapura Cipta Sejarah, Tewaskan Phelps
2016-08-13 15:04:10 CRI Cetak

Perenang Singapura, Joseph Schooling mencipta sejarah apabila meraih pingat emas Olimpik pertama buat republik itu, selepas memberikan persembahan memukau dalam memenangi acara 100 meter kuak kupu-kupu di Sukan Olimpik Rio 2016, malam tadi.

Perenang berusia 21 tahun itu menamatkan acara itu dalam masa 50.39 saat, hampir satu saat lebih pantas berbanding masa 51.14 saat yang dicatatkan jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps, Chad le Clos dari Afrika Selatan dan Laszlo Cseh dari Hungary.

Masa yang dicatatkan Schooling tersebut membaharui rekod Sukan Olimpik 50.58 saat, yang dicipta oleh Phelps semasa Sukan Olimpik Beijing 2008.

Lebih membanggakan lagi, ini merupakan pingat emas pertama yang diraih seorang perenang Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Phelps, jaguh berusia 31 tahun dari AS itu gagal mengulangi kejayaannya pada 2004, 2008 dan 2012 dalam 100 meter kuak kupu-kupu, sebaliknya berkongsi tempat kedua dengan dua perenang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China