Cari:
Parlimen Singapura Kemuka Usul Ucap Tahniah kepada Schooling
2016-08-14 14:50:39 CRI Cetak

Parlimen Singapura merancang untuk mengemukakan usul merakam ucapan tahniah kepada Joseph Schooling kerana kejayaannya memenangi pingat emas pertama Olimpik buat republik itu.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam catatan Facebooknya pada lewat Sabtu lalu.

Menurut beliau, usul itu akan merupakan pengiktirafan secara rasmi parlimen terhadap pencapaian Schooling.

Semalam, Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Schooling menerusi panggilan telefon kerana dia mengharumkan nama Singapura dengan mempamerkan persembahan yang amat cemerlang dalam memenangi pingat emas pertama Olimpik untuk negara itu.

Dikatakan, usul tersebut akan menyuarakan sokongan untuk kontinjen Singapura di Sukan Olimpik Rio 2016.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China