Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha mengarahkan kawalan keselamatan di kawasan awam dan tumpuan pelancong diperketatkan susulan beberapa siri letupan berdarah di tujuh wilayah di selatan negara itu.
Langkah-langkah sudah dijalankan untuk melindungi para pelawat, seperti mempertingkatkan rondaan dan pengerahan lebih ramai pegawai polis. Dalam tempoh seminggu akan datang, 1,700 polis tambahan akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan, antaranya Chinatown, Yaowarat dan Jalan Khaosan di Bangkok.
Selatan Thailand semalam digegarkan sekurang-kurangnya 11 letupan bom dalam masa 24 jam, yang membunuh empat orang dan mencederakan puluhan lagi, termasuk warga asing.
Walau bagaimanapun, aktiviti sambutan Hari Pelancongan Dunia yang dihoskan Thailand pada 27 September depan tidak diganggu dan akan diadakan mengikut jadual yang teleh ditetapkan, kata Menteri Pelancongan dan Sukan, Kobkarn Wattanavrangkul.
Pelancong warga China, Amerikat Syarikat (AS), Jerman, Australia dan Jepun masing-masing diberikan taklimat-taklimat keselamatan daripada kedutaan besar mereka di Bangkok, dan sekiranya satu lagi insiden yang tidak diingini berlaku, mereka akan mengelak tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.