Kursus Latihan Guru Pendidikan Vokasional Kereta Api Thailand kali ke-2 2016 dirasmikan di Sekolah Vokasional dan Teknologi Kereta Api Liuzhou Guangxi China semalam.
Sebanyak 15 pensyarah daripada empat buah universiti Thailand akan mengikuti latihan selama 33 hari.
Wakil Thailand dalam majlis perasmian kursus tersebut berkata, China dan Thailand telah menandatangani perjanjian kerjasama kereta api, iaitu Bangkok-Nakorn Rachasisma-Khon Kaen-Nong Khai, yang laluannya juga akan bersambung dengan landasan kereta api Laos.
Thailand berharap melalui kerjasama tersebut lebih ramai tenaga profesional dalam teknologi kereta api dapat dilahirkan.