Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara sistem "sewa dan beli" tanpa bayaran deposit.
Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, langkah itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menangani isu kemiskinan bandar membabitkan masalah penempatan bagi meringankan beban rakyat.
Menurut beliau, dalam usaha meringankan beban golongan miskin bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan diarah untuk turut memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak penghuni PPR.
---Utusan