Cari:
Helikopter Tentera Thailand Terhempas, Semua Penumpang Terkorban
2016-08-16 10:07:13 CRI Cetak

Sebuah helikopter tentera Thailand yang dilaporkan hilang kelmarin, ditemukan terhempas di Chiang Mai menyebabkan kesemua penumpang termasuk Komander Divisyen Infantri ke-4 Thailand, Mejar Jeneral Nopporn Ruanchan, terbunuh.

Menurut Komander Tentera Kawasan Ketiga, Leftenan Jeneral Somsak Ninbanjerdkun, mangsa lain yang terbunuh terdiri daripada dua juruterbang dan dua mekanik.

Beliau berkata, punca nahas dipercayai akibat jarak penglihatan yang terhad berikutan keadaan cuaca yang buruk.

Helikopter UH-72 terhempas di kawasan pergunungan di utara Thailand semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara di Phitsanuloke selepas menyertai misi banjir di sempadan Myanmar.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China