Cari:
Lima Letupan Bom Gegar Selatan Thailand
2016-08-16 12:52:39 CRI Cetak

Thailand kembali digegarkan dengan letupan bom, selang tiga hari selepas beberapa siri serangan bom di lima wilayah negara itu yang menjadikan lokasi pelancongan utama sebagai sasaran.

Portal Bangkok Post melapor­kan, sebanyak lima butir bom buatan sendiri meletup di lima lokasi berasingan di dua wilayah di selatan negara itu mengakibatkan dua anggota polis ce­dera.

Tiga daripada serangan bom itu berlaku di tiga kawasan berasingan di daerah Yaha, wi­la­yah Yala, malam tadi, ba­gaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Letupan pertama berlaku pada kira-kira pukul 7.30 malam waktu tempatan di hadapan sebuah kedai emas, disusuli le­tupan kedua lima minit kemudian di sebuah kedai alat tulis.

Letupan ketiga pula berlaku di sebuah premis menjual akhbar, bertentangan dengan Balai Polis Yala, beberapa minit kemudian.

Sementara itu, dua anggota polis marin cedera dalam satu lagi kejadian letupan di daerah Bacho, Narathiwat, pagi ini.

Sepuluh minit selepas serangan itu, satu lagi bom diletupkan di bahu jalan bertentangan dengan serang­an pertama, namun tiada kecederaan dilaporkan.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China