Cari:
Mesyuarat Pegawai Kanan ke-13 Pelaksanaan DoC Diadakan di Manchuria
2016-08-17 08:36:01 CRI Cetak

Mesyuarat Pegawai Kanan ke-13 China dan negara anggota ASEAN bagi pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak berkaitan dengan Laut China Selatan (DoC) dan mesyuarat kumpulan kerja bersama ke-18 diadakan di bandar Manchuria China pada 15 dan 16 Ogos lalu.

Hasil yang positif telah dicapai melalui perbincangan yang mendalam antara pelbagai pihak dalam mesyuarat tersebut.

Pelbagai pihak yang terlibat menyatakan akan terus menjadikan "Kenyataan Bersama Pelaksanaan DoC antara Menteri Luar China dengan Negara Anggota ASEAN" sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya, bersedia untuk melaksanakan deklarasi tersebut, menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai, mengawal perselisihan dalam rangka peraturan serantau, terus mengintensifkan kerjasama maritim dan terus mendorong rundingan tentang pembentukan Kod Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan (CoC) demi keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Pelbagai pihak juga bersedia untuk mengambil peluang sempena Sidang Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak dan mendorong hubungan tersebut melonjak ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China