Ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru (ICBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada awal pentadbirannya sebagai Perdana Menteri beliau menyedari bahawa usaha untuk menjamin pendapatan negara agar tidak terperangkap dan terus berada pada paras sederhana, adalah cabaran terbesar untuknya.
Beliau juga sedar dan tahu bahawa perlunya tindakan untuk keluar daripada dasar-dasar lama yang diperkenalkan kepemimpinan sebelum ini.
Cabaran terbesar adalah untuk memastikan Malaysia tidak terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana yang dituju sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, perlunya pemisahan jelas daripada dasar-dasar terdahulu.
Najib berkata, sekiranya kerajaan masih meneruskan dasar-dasar lama, Malaysia mungkin akan terjerumus dalam "lautan merah".
---Utusan