Sebanyak 31 kawasan di seluruh Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi ini dengan bacaan tertinggi direkodkan di Pelabuhan Klang, iaitu 88.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata, keadaan itu dipengaruhi jerebu merentas sempadan berikutan kebakaran tanah dan hutan di Sumatera tengah yang dibawa angin Monsun Barat Daya.
Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN yang berpusat di Singapura pada Isnin lalu, bilangan titik panas yang dikesan di Indonesia terus meningkat sejak beberapa hari lalu, iaitu sebanyak 48 titik panas telah dikesan di Sumatera dan 49 lagi di Kalimantan.
- BERNAMA