Cari:
Chong Wei, Lin Dan buat perhitungan
2016-08-18 13:07:32 CRI Cetak
Selepas dua kali berturut-turut dikecewakan Lin Dan dalam perebutan pingat emas Sukan Olimpik, bintang China itu sekali lagi menghantui kempen jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei di Rio apabila kedua mereka bakal berentap pada separuh akhir, Jumaat ini.

Chong Wei menepati ramalan apabila mudah melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan pencabar dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15, namun Lin Dan juga melepasi halangannya biarpun cemas seketika sebelum menyingkirkan K. Srikanth dari India 21-6, 11-21, 21-18.

Kemenangan dua jagoan dunia itu sekali gus bakal menemukan mereka buat kali ke-37, di mana Lin Dan memenangi 25 pertemuan sebelum ini tetapi Chong Wei menumpaskan jaguh China itu dalam dua perlawanan terakhir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China