Cari:
Serangan Bom Di Thailand, Tiada Bukti Kukuh Kad Sim Dari Malaysia
2016-08-18 15:49:56 CRI Cetak
Beberapa destinasi pelancongan terkemuka Thailand diancam letupan bom baru-baru ini, terdapat khabar angin yang menyatakan, kad sim dan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom itu adalah berasal dari Malaysia.

Bagaimana pun, Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menafikan khabar angin itu. Beliau memaklumkan, pihak berkuasa Thailand belum menemukan sebarang bukti kukuh menunjukkan kad itu berasal dari Malaysia.

Tambah beliau, setiap kad SIM yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu namun kad SIM yang digunakan oleh penjenayah berkenaan tidak memiliki ciri tersebut.

Walau bagaimana pun, tegas beliau, siasatan belum selesai sepenuhnya dan akan diteruskan.

--Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China