Cari:
Kapal MT Vier Harmoni Ditemui di Perairan Batam
2016-08-18 11:04:41 CRI Cetak

Kapal tangki minyak MT Vier Harmoni, yang dilaporkan hilang kelmarin, ditemui di perairan Batam, Indonesia tengah semalam.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata kapal yang membawa muatan 900,000 liter diesel yang bernilai RM1.57 juta itu ditemui selamat bersama anak kapalnya pada pukul 12.30 semalam.

Maklumat awal dalam siaran media yang dimuat naik di laman Facebook APMM menyatakan kapal itu, yang sepatutnya berada di sekitar perairan Kuantan, dilaporkan hilang kelmarin.

Siasatan awal mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan isu rampasan, sebaliknya kapal itu dilarikan atas faktor masalah dalaman, iaitu di antara penyewa kapal dan anak kapal.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China