Cari:
Seminar Antarabangsa Hubungan China-ASEAN
2016-08-18 14:16:29 CRI Cetak

Seminar antarabangsa yang bertemakan "peluang dan cabaran hubungan China-ASEAN pada era berlian" anjuran bersama Kedutaan Besar China di Malaysia dan Institut Pengajian China Universiti Malaya (ICSUM), telah berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang dalam seminar itu berkata, hubungan China dan ASEAN berkembang baik selepas terjalinnya hubungan dialog pada tahun 1991 dan kini hubungan tersebut telah memasuki era berlian.

Keamanan dan hubungan jiran yang baik di rantau ini adalah jaminan bagi pembangunan China. China mengutamakan hubungan kerjasama dan persahabatan dengan ASEAN.

Pengarah ICSUM, Prof. Danny Wong Tze Ken pula berkata, kerjasama kedua-dua pihak ASEAN dan China telah mencapai hasil yang cemerlang dalam pelbagai bidang sejak 25 tahun lalu.

China menjadi rakan dagangan terbesar ASEAN selama tujuh tahun berturut-turut, manakala ASEAN adalah rakan dagangan ketiga terbesar bagi China selama empat tahun berturut-turut.

Perdagangan dan interaksi yang semakin erat telah membina komuniti berkongsi nasib antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China