Dengan berat badannya kini mencecah 31 kilogram (kg), tingkah laku Nuan Nuan yang semakin lincah dan aktif itu mencuit hati sesiapa sahaja yang mengunjungi Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Zoo Negara Malaysia di Kuala Lumpur.
Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli berkata, Nuan Nuan kini semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan aktif memanjat pokok-pokok buatan di sekitar kawasan pameran GPCC.
Tambah beliau, Nuan Nuan membesar dengan sihat dan cepat.
Nuan Nuan masih menyusu dan sedang cuba makan apa yang dimakan oleh ibunya seperti pucuk buluh tetapi dalam kuantiti yang sedikit kerana giginya masih belum cukup kuat.
-- BERNAMA