Cari:
Li Keqing Bertemu dengan Aung San Suu Kyi
2016-08-19 12:41:52 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Myanmar, Aung San Suu Kyi di Beijing semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Li Keqiang berkata, Aung San Suu Kyi memilih China sebagai destinasi lawatan pertama beliau selain negara ASEAN, ini menunjukkan bahawa kerajaan Myanmar dan beliau sendiri mengambil berat terhadap hubungan dengan China.

Li berkata, China menyokong Myanmar memilih jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan sebenar dan usaha dilakukan demi persefahaman semua kaum, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Myanmar memperkukuh rasa kesalingpercayaan politik, meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara kerajaan, parlimen, parti politik, tentera dan pertubuhan masyarakat bagi mendorong hubungan China-Myanmar mencapai kemajuan yang lebih besar, sekali gus menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Aung San Suu Kyi pula menyatakan bahawa kerajaan Myanmar amat mementingkan hubungan dengan China dan mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan yang dihulurkan China terhadap pembangunan sosioekonomi negaranya.

Myanmar bersedia untuk mengambil peluang sempena Ulang Tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-China bagi mendorong perkembangan berterusan kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pandangan tentang situasi di utara Myanmar.

Li Keqiang berkata, China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar dan akan terus memainkan peranan yang konstruktif dalam proses damai Myanmar dan berharap agar "Sidang Panglong" Abad ke-21 mencapai kejayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China