Cari:
Mesyuarat Pertukaran Media "Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN" di Beijing
2016-08-19 13:11:07 CRI Cetak

Mesyuarat pertukaran media sempena "Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN" anjuran Majlis Perniagaan China-ASEAN telah diadakan di Beijing semalam.

Pengarah Eksekutif majlis tersebut, Xu Ningning telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan menginterpretasikan hubungan China-ASEAN dalam tempoh 25 tahun ini, menganalisis kerjasama kedua-dua pihak dalam pembinaan Laluan Sutera Maritim dan mencari kaedah untuk mempromosikan peluang perniagaan yang menarik perhatian para pengusaha.

Xu Ningning berkata, "Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak" dan "Kenyataan Bersama Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN" akan dikeluarkan dalam Sidang Kemuncak Sempena Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN yang disertai pemimpin dari China dan 10 negara anggota ASEAN pada bulan September nanti.

Menurut beliau, perkara tersebut bukan sahaja isu penting yang melibatkan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan perkembangan hubungan China dengan negara-negara jiran, malah isu penting dalam kerjasama serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China