Cari:
China dan Myanmar Galakkan Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-08-20 14:38:05 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di Beijing semalam.

Xi Jinping mengalu-alukan lawatan Aung San Suu Kyi ke China dan menyanjung tinggi beliau yang mengikuti usaha veteran untuk menggalakkan hubungan persahabatan antara Myanmar dengan China.

Xi Jinping menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama Myanmar menggalakkan perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif demi membawa faedah yang sebenar kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau menambah bahawa sebagai negara jiran yang baik, China akan terus menyokong Myanmar membangunkan negara mengikut keadaan negara sendiri, memelihara kestabilan negara, menggalakkan pembangunan ekonomi dan mengekalkan kedamaian masyarakat. China bersedia memelihara hubungan antara pemimpin kedua-dua negara dan pertukaran kawatan antara pelbagai kalangan kedua-dua pihak untuk meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain.

Kedua-dua negara juga diharap menyelaraskan strategi pembangunan di samping mengeratkan hubungan persahabatan. Kerjasama kedua-dua negara seharusnya mengutamakan bidang-bidang yang boleh membawa manfaat langsung kepada rakyat termasuk sektor pertanian, tali air, pendidikan dan perubatan.

Xi berkata, China bersedia memperluas pertukaran lawatan dengan Myanmar dalam bidang kebudayaan, media dan agama Buddha. Selain itu, China bersedia terus memainkan peranan membina dalam usaha menggalakkan proses damai di Myanmar dan memberikan sumbangan kepada pemeliharaan kedamaian dan kestabilan sempadan kedua-dua negara.

Aung San Suu Kyi menyatakan bahawa Myanmar bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk meningkatkan pertukaran lawatan pemimpin, mengeratkan hubungan persahabatan rakyat dan mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang.

Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) dan Parti Komunis China adalah parti pemerintah yang mewakili rakyat, beliau bersetuju meningkatkan pertukaran lawatan antara kedua-dua parti itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China