Cari:
Zhang Dejiang Ditemui Aung San Suu Kyi
2016-08-20 14:40:16 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang ditemui Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di Dewan Rakyat Beijing semalam.

Zhang Dejiang mengatakan bahawa China dan Myanmar merupakan negara jiran yang baik, rakyat kedua-dua negara mempunyai persahabatan "Pauk-Phaw". Pertukaran lawatan antara badan perundangan merupakan komponen penting dalam hubungan dua hala dan juga merupakan jambatan penting bagi rakyat kedua-dua negara menambah persefahaman dan mengeratkan hubungan persahabatan. NPC banyak memberikan perhatian kepada perkembangan hubungan dengan Parlimen Myanmar.

Aung San Suu Kyi pula berkata, Myanmar akan terus mengamalkan dasar persahabatan dengan China, meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk badan perundangan agar menggalakkan perkembangan hubungan dua hala ke tahap yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China