Cari:
Wujudkan Perdamaian Domestik, Hasrat Aung San Suu Kyi
2016-08-20 14:48:03 CRI Cetak

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi menyatakan bahawa mewujudkan perdamaian domestik dan perpaduan kaum Myanmar adalah hasrat yang paling besar bagi beliau. Demikian kata beliau ketika diwawancara oleh media di Beijing semalam.

Atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang, Aung San Suu Kyi telah memulakan lawatannya ke China selama lima hari sejak 17 Ogos lalu.

China merupakan negara pertama dalam lawatan beliau ke luar negara selain negara ASEAN, sejak beliau dilantik sebagai Penasihat Negara pada bulan April lalu.

Ketika membicarakan pembangunan negaranya pada masa depan, Aung San Suu Kyi berkata, tiga keutamaan dalam pembangunan ekonomi Myanmar ialah menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, menyusun rancangan sumber tenaga dan pembangunan negara, dan membangunkan pertanian dengan model baharu.

Aung San Suu Kyi menyatakan bahawa setiap penggal kerajaan Myanmar berpegang teguh pada dasar berkecuali dan penggal ini juga tidak terkecuali. Negaranya akan terus bersikap ikhlas ketika mengembangkan hubungan dengan negara lain termasuk China.

Sebagai negara anggota ASEAN, Myanmar juga akan memainkan peranan yang positif dalam ASEAN dan memberikan sumbangan kepada kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China