Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba-tiba kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam tadi.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), PM Lee kurang sihat kerana beliau berdiri terlalu lama, selain kepanasan dan dehidrasi.
Hasil pemeriksaan perubatan mendapati keadaan PM Lee tidak serius dan jantung beliau juga baik serta tidak mengalami strok.
PM Lee telah menyambung ucapan pada pukul 10.40 malam tadi selepas berehat hampir sejam.