Sebuah bot yang membawa 17 penumpang, dilaporkan karam di kawasan perairan berhampiran dengan Kepulauan Riau, barat Indonesia semalam.
Insiden itu menyebabkan 10 orang terkorban, manakala 5 lagi hilang.
Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Widodo Adi Sucipto berkata, insiden itu berlaku disebabkan bot berkenaan terperangkap dalam cuaca buruk ketika bertolak dari Pulau Bintan ke Pelabuhan Tanjung pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan.
Menurut jurucakap itu, tentera laut dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Setakat ini 12 mangsa sudah ditemui, namun 10 daripada mereka meninggal dunia dan dua lagi parah.