Cari:
Najib: Chong Wei Tetap Wira Malaysia
2016-08-22 11:55:14 CRI Cetak

Datuk Lee Chong Wei tetap wira Malaysia tanpa mengira pingat yang dimenangi oleh beliau.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, walapun tewas di tangan pemain China, Chen Long dalam perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio, namun semangat perjuangan yang dipamerkan Chong Wei perlu diberikan penghargaan.

Datuk Seri Najib, yang ditemani isteri, telah menyaksikan perlawanan akhir itu dengan orang ramai di Dataran Putrajaya pada 20 Ogos lalu.

Chong Wei mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pemain badminton terkenal China, Lin Dan.

Dalam Sukan Olimpik pada tahun 2008 dan 2012, Chong Wei turut meraih pingat perak selepas ditewaskan oleh Lin Dan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China