Kerajaan Singapura akan mengemukakan beberapa inisiatif baharu bagi membantu syarikat-syarikat domestik melaksanakan transformasi dan meningkatkan jaminan sosial.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika berucap dalam Perhimpunan Hari Kebangsaan pada 21 Ogos lalu.
Menurut beliau, pembangunan dan transformasi syarikat, jaminan hidup pekerja serta kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum adalah tiga cabaran baharu yang dihadapi Singapura pada ketika ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencari peluang perniagaan dan meneroka pasaran di seberang laut, membantu pekerja menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu serta mengekalkan prinsip-prinsip yang berorientasikan masyarakat majmuk.