Cari:
Upacara Persemadian S.R. Nathan pada 26 Ogos
2016-08-23 13:58:19 CRI Cetak

Mantan Presiden Singapura, S. R. Nathan akan diberikan Upacara Persemadian Negara pada petang 26 Ogos nanti.

Demikian diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah Nathan meninggal dunia pada pukul 9.48 malam tadi.

Menurut kenyataan PMO, orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir mereka kepada jenazah mendiang mantan presiden itu yang akan ditempatkan di bangunan Parlimen bermula pada hari Khamis (25 Ogos) hingga tengah hari Jumaat (26 Ogos).

Upacara Persemadian Negara akan berlangsung pada pukul 4.00 petang pada hari Jumaat.

Sebagai tanda hormat kepada Nathan, bendera negara di semua premis kerajaan akan dikibarkan separuh tiang mulai Selasa sehingga Jumaat.

Setelah dikhabarkan berita pemergian Encik Nathan, Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yan dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong masing-masing menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang menerusi laman sosial, sekali gus merakamkan penghargaan dan sanjungan buat mendiang Encik Nathan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China