Siri letupan bom yang berlaku di Pattani, selatan Thailand pada malam Selasa lalu telah menyebabkan seorang rakyat tempatan terbunuh, manakala 30 lagi cedera.
Bermula dari 11 hingga 15 Ogos lalu, banyak serangan letupan bom telah berlaku di selatan Thailand hingga meragut empat nyawa, dan mencederakan lebih 30 lagi.
Pihak berkuasa tempatan mensyaki gerakan pemisah yang melancarkan serangan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pungutan suara Perlembagaan baharu, selain percubaan untuk menghasut bagi memecahbelahkan negara.