Mesyuarat Menteri Kebudayaan China-ASEAN (10+1) ke-3 dan Mesyuarat Menteri Kebudayaan ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-7 diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 23 hingga 26 Ogos ini.
Usaha mengintensifkan kerjasama kebudayaan serantau adalah antara agenda utama dalam kedua-dua mesyuarat tersebut.
Dalam mesyuarat 10+1 itu, kedua-dua pihak mencapai konsensus untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh Pelan Tindakan Kerjasama Kebudayaan China-ASEAN untuk tempoh lima tahun akan datang, di samping bersama-sama menjayakan Forum Kebudayaan China-ASEAN.
Dalam mesyuarat 10+3 pula, pelbagai pihak telah mengadakan perbincangan tentang program interaksi, antaranya termasuklah "Kota Kebudayaan Asia Timur" dan "Bandar Kebudayaan ASEAN", serta bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan sumber manusia dan memperkaya lagi pertukaran dan kerjasama kebudayaan.