Cari:
Kumpulan Penyokong IS Serang Penjara Mindanao
2016-08-29 14:14:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kumpulan militan yang menyokong kumpulan militan Negara Islam(IS) menyerang sebuah penjara di selatan Filipina dan membebaskan 28 tahanan pada 27 Ogos lalu.

Kira-kira 50 anggota bersenjata kumpulan Maute itu menyerbu penjara di bandar selatan Marawi di pulau Mindanao, provinsi Lanao del Sur untuk membebaskan lapan rakan mereka. Lapan militan Maute itu ditangkap pada 22 Ogos lalu selepas askar-askar yang berkawal di sebuah pos tentera menemui beberapa butir bom buatan sendiri dan sebilangan pistol di dalam van yang mereka naiki.

Menurut warden penjara, Acmad Tabao, seramai 20 lagi banduan yang ditahan kerana kesalahan lain turut melarikan diri.

Pihak berkuasa berkata mereka sedang menyiasat serangan di penjara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China