Cari:
Duta Besar China ke Singapura Temui Penyelaras G20 Singapura
2016-08-29 13:32:39 CRI Cetak

Baru-baru ini, Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong telah menemui penyelaras G20 yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri Singapura, Puan Tan Ching Yee. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai kerja-kerja persiapan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou.

Dalam pertemuan itu, Chen Xiaodong berkata, China mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan bersedia untuk berusaha dengan Singapura bagi memastikan kelancaran sidang kemuncak tersebut.

Puan Tan Ching Yee mengucapkan terima kasih kepada China kerana mengundang Singapura untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou. Beliau berkata, kerja-kerja persiapan yang sempurna dan efisien pihak China telah memberikan kesan yang mendalam kepada beliau. Singapura bersedia untuk mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan China demi menjayakan sidang kali ini. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China