Cari:
Delegasi Tentera Peringkat Tinggi Vietnam Lawat China
2016-08-29 13:34:58 CRI Cetak

Delegasi tentera peringkat tinggi Vietnam yang diketuai anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Naib Setiausaha Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dan Menteri Pertahanan, Jeneral Ngo Xuan Lich telah berlepas dari Hanoi, Vietnam pagi semalam bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke China.

Menurut maklumat berkenaan, lawatan Jeneral Ngo Xuan Lich dan delegasinya adalah untuk melaksanakan perjanjian yang dicapai oleh Parti Komunis China dengan Parti Komunis Vietnam dan perjanjian pemimpin kedua-dua negara, antaranya termasuklah meningkatkan lawatan pemimpin peringkat tinggi dan menggalakkan perkembangan hubungan dalam pelbagai bidang dengan lebih mendalam, stabil dan pragmatik.

Berdasarkan jadual, Ngo Xuan Lich akan mengadakan rundingan dengan Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan, di samping mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara dan tentera China yang lain serta melawat ke jabatan tentera China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China