Cari:
Singapura Catat 41 Kes Virus Zika
2016-08-29 13:36:15 CRI Cetak

Kementerian Kesihatan Singapura semalam mengesahkan terdapat 41 kes penularan virus Zika di republik itu, namun kebanyakannya sudah sembuh.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, semua kes itu melibatkan penduduk dan pekerja asing di tapak pembinaan Aljunied Crescent atau Sims Drive.

Kenyataan itu menyatakan bahawa 41 orang yang dijangkiti virus tersebut tidak pernah melancong ke kawasan berlakunya penularan virus Zika, maka berkemungkinan besar mereka dijangkiti di negara itu.

Daripada jumlah itu, 34 orang sudah pulih sepenuhnya, manakala tujuh lagi, yang masih mengalami simptom Zika, kini sedang dirawat di Hospital Tan Tock Seng.

Singapura pernah mengumumkan kes Zika pertama pada bulan Mei lalu. Pesakit tersebut, yang merupakan seorang lelaki berusia 48 tahun, pulang ke Singapura dari Brazil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China