Cari:
Operasi Percubaan Keretapi Laju Buatan China di Bangkok
2016-08-30 14:20:18 CRI Cetak

Keretapi 13 gerabak buatan China dimulakan operasi percubaan secara rasmi pada 29 Ogos lalu melibatkan laluan dari Bangkok ke Chiangmai. Sempena majlis pelancaran keretapi baharu itu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berikrar akan meningkatkan kecekapan sistem keretapi negara itu dalam merentas arus kemodenan.

Pembelian kumpulan pertama melibatkan 39 buah gerabak untuk tiga keretapi baharu oleh Kereta Api Negara Thailand atau State Railway of Thailand (SRT) buat kali pertama dalam tempoh selama 20 tahun lalu merupakan lembaran baharu dalam sejarah pembangunan sistem keretapi negara itu.

Dimaklumkan, keretapi dari Bangkok ke Chiangmai itu mempunyai kelajuan operasi maksimum 120 kilometer sejam, dengan dilengkapi ciri akses mesra penumpang termasuk penyaman udara, tempat tidur, bilik mandi, bilik air serta prasarana fizikal yang mesra-Orang Kurang Upaya (OKU).

Naib Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Antarabangsa dari CRRC Changchun Railway Vehicles Co., Ltd, atau dikenali sebagai "CNR CRC", Liu Gang menyatakan bahawa pihaknya berjaya memenangi tender dari SRT untuk menjual gerabak kepada Thailand pada Mac 2013. Berdasarkan perjanjian yang tercapai dengan China pada Oktober 2014, negara Gajah Putih itu memutuskan pembelian sebanyak 115 buah gerabak buatan China yang nilainya mencecah lebih kurang RMB900 juta (MYR545.17 juta). Liu menyifatkan kerjasama kedua-dua pihak ini sebagai amat signifikan, kerana pada masa dulu Thailand memakai teknologi perkhidmatan keretapi dari Eropah, Jepun dan Korea Selatan yang sememangnya diakui antara yang tercanggih dan termaju di dunia. Pilihan Thai kali ini membuktikan produk industri keretapi China sudahpun mula diakui dan diterima.

Menurut jadual berkenaan, kesemua 115 buah gerabak buatan China tersebut akan diserahkan kepada Thailand pada Oktober depan, untuk menyediakan perkhidmatan melibatkan empat laluan utama, antaranya termasuk dari Bangkok menuju Chiangmai, Bangkok ke Nong Khai dan Bangkok ke Hai Yai.

Perdana Menteri, Prayuth selepas membuat tinjauan dengan menaiki keretapi laju buatan China tersebut, menekankan keterdesakan untuk merangsang pembangunan sistem keretapi di dalam negeri, terutamanya projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR). Menurut beliau, walaupun menelan kos yang amat besar, program yang begini dapat dimanfaat oleh golongan yang benar-benar memerlukan, khususnya pertumbuhan ekonomi domestik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China