Cari:
China, Vietnam Intensifkan Perkongsian Komprehensif dan Kerjasama
2016-08-30 12:00:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Presiden China, Li Yuanchao dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China Fan Changlong masing-masing mengadakan pertemuan dengan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam yang juga Menteri Pertahanan, Jeneral Ngo Xuan Lich di Beijing pada 29 Ogos lalu.

Li Yuanchao menyatakan bahawa China dan Vietnam diharap dapat meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, memperdalam kerjasama muhibah dan saling menguntungkan, menangani perselisihan pendapat dengan baik, sekali gus menggalakkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara terus berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Ngo Xuan Lich berkata, Vietnam bersedia untuk bekerjasama dengan China bagi melaksanakan konsensus yang telah dicapai oleh pemimpin peringkat tinggi antara kedua-dua negara serta memperkasakan kesepakatan, persahabatan dan kerjasama dari segenap aspek.

Fan Changlong berkata, China bersedia untuk meningkatkan komunikasi strategik dengan Vietnam dan mengintensifkan kerjasama yang pragmatik demi mewujudkan pembangunan dan menjaga keselamatan.

Ngo Xuan Lich pula berkata, hubungan antara tentera Vietnam dengan China menjadi tunggak utama bagi hubungan antara kedua-dua parti dan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China