Cari:
PM Li Bakal Hadiri Siri Sidang Pemimpin Kerjasama Asia Timur di Laos
2016-08-31 11:48:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Sidang Pemimpin China-ASEAN (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN, Sidang Pemimpin ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-19 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 yang dijadualkan diadakan di Vientiane, Laos pada 6 hingga 9 September depan, selain mengadakan lawatan rasmi ke Laos.

Lawatan rasmi Perdana Menteri Li Keqiang ke Laos dan kehadiran beliau dalam siri sidang pemimpin Asia Timur adalah atas undangan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memaklumkan demikian dalam sidang media di Beijing pada 30 Ogos lalu.

Hua berkata, perkembangan proses integrasi di rantau Asia Timur terus diperkukuh berikutan situasi rantau yang stabil pada keseluruhannya pada ketika ini.

Kehadiran Perdana Menteri Li Keqiang dalam siri sidang pemimpin kerjasama Asia Timur pada tahun ini, yang juga sempena Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN, dianggap amat signifikan bagi memajukan perkembangan hubungan China dengan ASEAN serta menggerakkan kerjasama antara negara-negara Asia Timur.

China bersedia untuk bersama-sama dengan ASEAN untuk memperluas bidang kerjasama dan memperkaya konotasi kerjasama dua hala, sekali gus membina tunggak utama yang baharu dalam perkembangan hubungan China dan ASEAN pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China