Cari:
Wanita Hamil Dikesan Positif, 115 Kes Virus Zika Dilaporkan di Singapura
2016-09-01 14:16:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, seorang wanita hamil yang tinggal di kawasan Aljunied Crescent dan Sims Drive diuji positif jangkitan virus Zika.

Dalam kenyataan 31 Ogos lalu, kementerian itu memaklumkan, doktor memantau kes wanita itu dengan rapi untuk mengawasi kesihatan pesakit dan perkembangan bayinya.

Kerajaan Singapura pada Selasa menasihatkan wanita hamil itu yang mempunyai gejala Zika seperti demam dan ruam, mata merah atau sakit sendi agar menjalani ujian jangkitan virus Zika.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Singapura berkata, mereka telah mengesan satu lagi kelompok berpotensi jangkitan virus Zika di kawasan Bedok North Avenue 3, selain 24 kes baharu yang dikenal pasti pada Rabu lalu.

Dilaporkan jumlah bilangan kes yang dikenal pasti sejak 27 Ogos lalu adalah 115.

Berhubung dengan penyebaran virus Zika di Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Korea Selatan telah menasihatkan rak­yatnya, terutama wanita yang mengandung atau yang merancang untuk hamil supaya tidak mengunjungi Singapura ketika ini, selepas sebanyak 115 kes virus Zika dilaporkan di republik itu.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China