Cari:
Wanita Klang Sah Dijangkiti Virus Zika, Kes Pertama di Malaysia
2016-09-01 14:21:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, wanita berkenaan telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura pada 19 Ogos lalu dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.

Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Tambah beliau, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura. Kementerian Kesihatan akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang.

(sumber: Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China