Cari:
Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2016 Meriah
2016-09-01 15:32:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2016 yang diadakan dengan meriah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu. Seramai lebih 450 ribu pengunjung yang hadir bagi memperingati ulang tahun ke-59 kemerdekaan Malaysia daripada penjajahan kuasa-kuasa asing.

Orang ramai bersorak dan memberikan tepukan gemuruh sebaik-baik sahaja melihat kontinjen Olimpik yang disertai Chong Wei, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying serta Mohd. Azizulhasni Awang, yang diarak menggunakan bas dua tingkat tidak berbumbung, me­ngibarkan Jalur Gemilang sambil melambai kepada penonton.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan tahniahnya sempena Hari Kebangsaan 2016 menyatakan bahawa sejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai, dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya. Sokongan padu dan keghairahan rakyat terhadap atlet-atlet yang menyertai Sukan Olimpik Rio 2016 jelas membuktikan bahawa rakyat negara itu telah menunjukkan semangat perpaduan tanpa mengira kaum dan agama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China