Cari:
Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou Bawa Manfaat kepada ASEAN
2016-09-01 11:32:02 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou China pada 4 dan 5 September ini akan memfokuskan isu pembangunan.

Sidang ini merupakan sidang yang paling banyak disertai negara membangun dalam sejarah G20. Presiden Laos, selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, Boungnang Vorachith dan Perdana Menteri Thailand, selaku negara pengerusi bergilir Kumpulan 77, Prayuth Chan O Cha turut diundang untuk menghadiri sidang itu.

Sarjana Kemboja menyifatkan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou bakal membawa manfaat kepada negara ASEAN.

Pakar ekonomi Akademi Diraja Kemboja, Sotha menyatakan bahawa China mahu membina jambatan melalui komunikasi dan pertukaran antara negara membangun dengan negara maju melalui sidang kali ini supaya negara membangun dapat mengutarakan pandangan sendiri mengenai cabaran dan peluang yang dibawa oleh negara maju dalam usaha menggalakkan strategi pembangunan ekonomi sejagat.

Pakar hubungan antarabangsa Akademi Diraja Kemboja, KY Sereyvath pula menyifatkan sidang kemuncak kali amat penting. Pemimpin negara maju dan negara membangun akan membincangkan topik yang melibatkan pertanian, antirasuah, agenda pembangunan mampan PBB, sumber tenaga, alam sekitar, kewangan, pelaburan dan reformasi serta pembangunan perdagangan antarabangsa yang berterusan dan seimbang.

Pemimpin Laos dan Thailand akan mewakili negara anggota ASEAN termasuk Kemboja dan anggota G77 untuk menyertai perbincangan berkenaan dalam sidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China