Cari:
G20 Fokuskan Pertumbuhan Dipacu Inovasi
2016-09-02 13:35:07 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal membuka tirainya di bandar Hangzhou di pesisir tenggara China, hujung minggu ini, dianggap berperanan penting dalam memecut pelaksanaan reformasi dan inovasi, meneroka dan memanfaatkan peluang baharu, mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi global buat jangka sederhana dan panjang, serta membantu mengendalikan urusan ekonomi dunia dan sistem perdagangan global.

Ahli ekonomi terkemuka dari Thailand, Huang Bin, yang juga ketua bahagian Mandarin dari Pusat Penyelidikan KASIKORN atau KResearch, ketika diwawancara pemberita CRI menyatakan bahawa bahang krisis kewangan global 2008 dan episod teruk ketidakstabilan sistem kewangan yang melanda dunia masih dirasai hingga hari ini. Dalam konteks ini, Beijing menerapkan konsep pembangunan yang bersifat inovatif, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi ke dalam strategi pembangunan negara, iaitu Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13 (FYP-13), sekali gus memberikan ilham kepada seluruh dunia untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi melalui pendekatan yang sama. Menurut beliau, Sidang Kemuncak G20 yang menfokuskan kepada "pertumbuhan dipacu inovasi" kali ini menyediakan wadah kepada pelbagai negara untuk membincangkan bagaimana menggubal cetak biru pertumbuhan ekonomi dan mengoptimumkan potensi pertumbuhan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Ketika memperkatakan tentang pembangunan prasarana, Huang Bin menganggap, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang disarankan China boleh membantu mewujudkan rantaian pembekalan, rantaian perindustrian dan rantaian nilai yang rentas sempadan yang saling melengkapi, hingga meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat pelbagai negara dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi global dengan meningkatnya permintaan dalam negeri dan kemampuan membeli. Beliau berkata, G20 sudah mencapai konsensus untuk menjamin pertumbuhan ekonomi menerusi peningkatan pelaburan terhadap projek prasarana. Jadi, lebih banyak langkah yang efisien untuk menjayakan pembangunan prasarana dijangka akan diumumkan semasa sidang kemuncak kali ini.

Selain itu, sidang berprestij di dunia itu turut menawarkan kesempatan kepada beberapa pertubuhan antarabangsa untuk melakukan penyelarasan sesama lain dalam menyumbang kepada keterbukaan perdagangan dan kerjasama ekonomi di seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China