Cari:
Polis Perketat Kawalan Sempena Hari Malaysia
2016-09-02 11:59:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketat kawalan keselamatan di seluruh negara pada 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia daripada ancaman kumpulan militan Daesh.

Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan terbabit akan melakukan kekacauan pada hari tersebut setelah cubaan mereka untuk menggugat keselamatan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan berjaya dipatahkan pihak keselamatan.

Tambah beliau, pihaknya sedang memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mencetuskan gangguan dan akan bertindak apabila sampai masanya.

Sebelum ini, tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota kumpulan Daesh telah ditahan kerana cuba melancarkan serangan di ibu negara, Selangor dan Pahang pada malam Ambang Merdeka.

(sumber: myStar Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China