Cari:
Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Radio, Filem dan Televisyen China-ASEAN Bakal Diadakan di Nanning
2016-09-02 16:34:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Radio, Filem dan Televisyen China-ASEAN bakal diadakan di Nanning, Guangxi China pada 7 hingga 8 September depan. Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh para perwakilan badan radio, filem dan televisyen dari China dan negara-negara anggota ASEAN.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membina satu platform dialog peringkat tinggi dalam bidang radio, filem dan televisyen, di samping memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat, meningkatkan kesalingpercayaan dan kesepaduan konsensus antara pelbagai media dari China dan negara-negara ASEAN.

Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Radio, Filem dan Televisyen China-ASEAN yang bertemakan "Memperkukuh konsensus Jalur&Laluan (B&R) bagi mendorong kerjasama media" telah disenaraikan dalam kerangka siri forum peringkat tinggi Ekspo China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China