Cari:
Sidang Panglong Abad ke-21 Di Myanmar
2016-09-01 16:43:37 CRI Cetak

Sidang Panglong Abad ke-21 yang disifatkan sebagai medan pertemuan dalam usaha mewujudkan permuafakatan antara semua kaum di Myanmar telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Nay Pyi Taw semalam.

Sidang yang dihadiri kira-kira 1,600 peserta itu jelas menunjukkan bahawa proses damai Myanmar telah memasuki era baharu.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika berucap dalam sidang itu berkata, sejak kerajaan baharu Myanmar ditubuhkan, pihak kerajaan telah mengadakan rundingan dengan semua kumpulan bersenjata etnik minoriti, sama ada yang pernah atau belum menandatangani perjanjian gencatan senjata di seluruh negara. Usaha murni itu telah meningkatkan kepercayaan dan persefahaman antara satu sama lain.

Beliau menyatakan bahawa pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Myanmar untuk mewujudkan kedamaian.

Kerajaan baharu akan mengambil iktibar daripada pengalaman lalu dan berusaha untuk menuju kejayaan. Kedamaian tidak dapat diwujudkan tanpa penglibatan semua pihak.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon yang turut menghadiri sidang tersebut telah mengucapkan tahniah kepada para peserta dan berharap agar Myanmar dapat memulakan proses damai secara menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China