Cari:
Laos Sanjung Tinggi Peranan China dalam Pembangunan Ekonomi Dunia
2016-09-02 12:50:14 CRI Cetak

Presiden Laos, Bounyang Volachit, ketika diwawancara oleh wartawan CRI di Vientiane semalam, menyanjung tinggi peranan utama China dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dunia. Beliau menanti-nantikan detik untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Hangzhou.

Selaku negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun 2016, Laos telah diundang untuk menyertai sidang tersebut. Sehubungan dengan itu, Presiden Bounyang berasa amat gembira dan bangga ketika menerima undangan daripada Presiden China, Xi Jinping. Beliau berkata, undangan itu mencerminkan keprihatinan China kepada ASEAN.

Tambah beliau, pelbagai langkah dalam tadbir urus ekonomi dan kewangan antarabangsa yang bakal diluluskan dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan ekonomi pelbagai negara, antaranya termasuklah Laos. Laos bersetuju dan menyokong pelbagai anjuran dan rancangan dalam sidang kali ini dan berharap agar langkah-langkah berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi membawa faedah kepada negara membangun, terutamanya negara kurang maju.

Bounyang yakin atas usaha kerajaan dan rakyat China serta persefahaman dan kerjasama semua anggota G20, sidang kali ini pasti akan berjaya dan berjalan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China