Cari:
Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou: Dunia Letak Harapan Tinggi
2016-09-02 15:44:25 CRI Cetak

Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou diadakan tepat pada waktunya. Dunia meletakkan harapan yang tinggi terhadap sidang kali ini.

Soegeng Rahardjo berkata, Sidang Kemuncak G20 ini berlangsung ketika pemulihan ekonomi global masih menghadapi kesukaran. Oleh itu, dunia berharap agar China, selaku entiti ekonomi kedua terbesar dunia dan penggerak utama pembangunan ekonomi dunia, boleh mengeluarkan perancangan.

Menurut beliau, tema sidang tersebut, iaitu "Mewujudkan ekonomi dunia yang inovatif, dinamik, saling berhubung dan inklusif" bukan sahaja merupakan keperluan mendesak bagi ekonomi dunia, malah penyelesaian terbaik bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Soegeng Rahardjo juga yakin bahawa usaha menggubal peraturan tadbir urus sejagat perlu menitikberatkan kesaksamaan. China dan Indonesia mempunyai kepentingan yang sama dan perlu terlibat dengan aktif dalam usaha itu, di samping berkewajipan untuk memantau pengoperasian dan pelaksanaan mekanisme tadbir urus sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China