Cari:
Xi Jinping Ditemui Lee Hsien Loong
2016-09-03 11:10:47 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Hangzhou semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan kedatangan Lee Hsien Loong untuk menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Xi menegaskan bahawa China dan Singapura telah menjalinkan perkongsian kerjasama komprehensif pada tahun lalu. Berdasarkan kerjasama tersebut, kedua-dua pihak perlu membuat perancangan bagi mengembangkan hubungan bilateral dengan baik, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan komunikasi dan bersikap saling memahami dan saling menghormati dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama dan isu-isu yang menjadi tumpuan utama kedua-dua pihak.

China memberikan perhatian mengenai hasrat Singapura untuk mengambil bahagian dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), serta bersedia untuk melaksanakan projek kesalinghubungan strategik Chongqing China-Singapura dengan baik bagi mencipta kerjasama baharu antara kedua-dua negara. Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak juga diharap dapat berusaha meningkatkan kualiti dan tahap dua projek utama, iaitu Taman Industri Suzhou dan Bandar Ekologi Tianjin.

Presiden Xi berharap agar Singapura, selaku negara penyelaras antara China dengan ASEAN, memainkan peranan aktif dalam menggalakkan kestabilan hubungan China-ASEAN. China bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan Singapura dalam mekanisme serantau dan antarabangsa.

Lee Hsien Loong pula menyatakan bahawa pembinaan projek kesalinghubungan strategik Chongqing China-Singapura sedang berjalan dengan lancar. Singapura berharap dapat merebut peluang ini untuk memperluas kerjasama dengan China dalam bidang penerbangan, kewangan dan kesalinghubungan di bawah rangka B&R. Singapura juga bersedia untuk terus menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China