Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Laos, Boungnang Vorachith, semalam.
Presiden Xi menyatakan bahawa China dan Laos adalah jiran, sahabat dan rakan seperjuangan yang baik. China bersedia untuk bersama-sama dengan Laos dalam usaha untuk membina hubungan berkongsi nasib yang kukuh dan kuat.
Xi Jinping menegaskan bahawa kedua-dua pihak perlu mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengintensifkan komunikasi strategik dan menggalakkan perkongsian pengalaman dalam parti dan pentadbiran negara. Kedua-dua pihak perlu menggabungkan strategik pembangunan, mendorong kerjasama yang saling menguntungkan dan memperluas kepentingan bersama.
Kehadiran Laos, selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, ke Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou amat bermakna. China bersedia untuk bersama-sama dengan semua pihak termasuk Laos bagi memastikan sidang kali ini mencapai hasil yang positif.
Boungnang Vorachith menyanjung tinggi tindakan China menjadikan pembangunan sebagai agenda utama sidang kemuncak tersebut dan usaha China untuk menganjurkan sidang kali ini. Laos akan terus menyokong China memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau serta bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam perkara tersebut.