Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam perutusan tahniahnya berkata, Sidang Panglong bukan hanya bertujuan untuk mewujudkan keamanan negara yang bersifat sementara, malah untuk mencari pendekatan terbaik bagi mewujudkan keamanan yang berkekalan, di samping berusaha untuk mencapai kemakmuran negara.
Jawatankuasa Penganjur mengumumkan bahawa Sidang Panglong Abad ke-21 bakal diadakan setiap enam bulan sekali pada masa depan. Pihaknya berharap agar keamanan yang menyeluruh dapat direalisasikan di seluruh Myanmar pada tahun 2019 atau 2020.