Cari:
Xi Jinping Ucap Takziah Insiden Letupan Bom di Davao
2016-09-04 17:39:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte atas insiden letupan bom yang berlaku di bandar Davao, Filipina pada malam 2 September lalu.

Presiden Xi dalam ucapan takziah menegaskan bahawa China menentang sebarang keganasan dalam apa-apa jua bentuk dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekerasan yang menyasarkan orang awam yang tidak berdosa.

China bersedia untuk bergabung tenaga dengan masyarakat antarabangsa termasuk Filipina untuk bersama-sama memerangi keganasan, di samping memelihara kedamaian dan kestabilan antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China